"where is your guts"

"where is your guts"
rise

Monday, 24 October 2011

KL-Cheras-Bangi


Hari berganti hari, cuti aku semakin tiba penghujung nya. Terasa masa cepat berlalu. Sekelip mata , sekelip kelip , berkelip kelip. Haha. Sedih nye nak blk ke kolej dah. Tidak puas aku menikmati katil ku yang empuk dan bantal ku yang kekabu. Haha. Tapi demi ilmu dan masa depan , aku korbanan kesenangan sementara demi kecerahan masa hadapan.
 
 di sekyen 15

Hari ini , sahabat ku Meon (bukan nama sebenar) menziarahi aku di teratak syurga ku. Sedang aku tidur lena, dikejutkan aku oleh deringan handphone. Meon tiba di rumah ku. Kami bersarapan di mamak H-Maidin. menikmati secawan teo yang lazat (ini cap die) dan roti canai. 

Setelah itu, bertolak kami ke kuala lumpur. Menaiki LRT, kami ke plaza rakyat, mencari tiket pulang ke tempat ilmu ditimba. Aku dan meon bertemu Mym (bukan name sebenar) di LRT BTS. Sambil menyelam minum air, kami cuci mate di Pertama . Berjalan kaki sgt lah meletihkan. Ternyata paru-paru ku dipenuhi asap. Haizzzz.. Kami kelaparan, lalu bersantap di Gerai berhampiran HQ MARA. Aku tertarik pada satu gerai , seorang lelaki , berdiri, tersenyum manis melihat kami . Lalu au hampiri dan oder laksa penang (mengidam) . Lalu dia bertanya, kami ni student lagi ke?? kami menjawab ye dan di UMP . Die tersenyum sweet lagi, lalu berkata , Kolej SP di pahang merupakan milik atuk die dan pakcik nye adalah org kuat sane. Kami terkesima sebentar . Adakah benar? Seorang peniaga biasa , tetapi dashat latar belakang nya.   

Pada malam pula , bertolak aku ke GMI (nama sebenar) menemui Ijat , Paik dan Zul ( name manje) . Mereka adalah sahabat lame terpisah. Umpama jejak kasih pada malam hari. Ditemani hujan renyai dan angin bayu. Bergelak ketawa di cafe GMI. Sgtlah menghiburkan apabila kumpul bersama di satu meja. Masing-masing ada haluan berbeda dan misi. Tetapi x pernah dilupakan erti persahaban. SAMA-SAMA NAIK! Aku , Meon dan Zul bertolak ke Seksyen 15, mencari sebuah teko berasap dan bau wangi. Haha. Kami bersembang hingga larut malam. Dan akhirnya kembali pulang ke teratak masing-masing.  

                                                                                                                

Saturday, 22 October 2011

Pulang

Oi! Oi! Oi!

Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri. Ternyata aku merindui hujan batu itu. Sekian lama aku di perantauan , banyak ilmu ditimba , banyak pengalaman ditempuhi , banyak pengajaran dipelajari dan banyak musibah aku redahi. Ini merupakan proses biologi pematangan diri. Aku pulang ke rumahku. Keseorangan hanya ditemani lappy kecil dan alam maya. Melihat menara Kuala Lumpur , hati ku terharu. Disambut kedatangan ku dengan gelak tawa rakan-rakan. Rindunye aku pada asal-usul ku. Proud with our root. Prinsip yang aku pegang selama ini. Pemergian ayah dan ibuku ke tanah suci, duduk ku seorang di rumah ini. Semuanya sendiri dan aku berdikari. Cuti ini u merancang mengisi nya dengan keseronakan bersama rakan-rakan ku. Sembang di warung hingga larut malam bersurah mengenai hidupku di tempat orang. Bersurah mengenai scene Skinhead di negeri orang. Skinhead diterima oleh masyarakat negeri itu, tapi negeri ku menolak budaya ini. Pemandangan serong masyarakat kerana melihat kelaenan pada gaya hidupku. Manusia takut pada apa yang tidak diketahui mereka. Ungkapan psikologi yang terbukti. Tidak aku hiraukan masyarakat , kerana aku selalu buat yang terbaek untuk diriku dan bangsa ku.

Saturday, 1 October 2011

Newton's Law


Bila diperisukan tentang Isaac Newton , tahukah anda siapa insan itu? Para saintis dan engineer pasti sudah lali dengan hukum-hukum nya. Sudah tepatri di minda mereka Newton's Law. Newton lahir ke dunia pada 25 December 1642 di Lincolnshire , England . Beliau merupakan seorang Physicist , Mathemathics , Astonomyst , Alchemist dan etc. Banyak theory yang dihasilkan oleh beliau. Contoh theory yang tersohr adalah Law of Motion dan Law of Gravity.

Yang sering deperdengarkan Hukum Motion Newton , 3 sahaja iaitu :

1) First Law : An object at rest will remain at rest or an object that move continue to move in constant velocity (v) in a straight line , the resultant force acting on a body is zero. (Inertia)

2)Second Law : Force is product of mass and acceleration ( F= m.a )

3)Third Law : Every action there is an equal and opposite reaction.

Tahukah anda ada Law yang Ke-4? Pasti anda mushkil kerna ia jarang dikemukakan. Ia tidak popular. ian adalah Newton's Law of Gravitational Attraction . Di alam nyata  ini, tidak kita sedari bahawa ada tarikan gravity antara Kita dan Objek di persikataran. Contoh mudah untuk di aplikasikan adalah saat anda membaca blog ini, ada daya tarikan antara laptop dan diri anda. Pelik tapi benar .
F = G \frac{m_1 m_2}{r^2}\ ,
F : force of Gravititation between two particles
G : universal constant
m : mass of two particles
r :distance between two particles


Berdasarkan perkiraan mathematics, didapati force tersebut adalah terlalu kecil , dan dianggap negligable. Sebab itu anda tidak terasa Force tersebut. Dan daripada formula ini lah terhasil nye W=mg .

"I do not know what I may appear to the world, but to myself I seem to have been only like a boy playing on the sea-shore, and diverting myself in now and then finding a smoother pebble or a prettier shell than ordinary, whilst the great ocean of truth lay all undiscovered before me" -Isaac Newton

Dunia Ilmu



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera keatas kamu sekalian. Apakah itu Sosial Science dan apakah pula Engineer? Adakah itu sebahagian daripada kehidupan kita? Apakah ADA mereka yang memonopoli kedua nya?

Secara umum nya Sosial Science adalah satu kerjaya mengenai sejenis hidupan yang bernama Manusia. Mereka berhempas pulas mengkaji kehendak , emosi , pemikiran dan pemahaman Manusia . Mereka jualah yang digelar Pakar Motivasi dan Dr. Love.

Engineer pula secara umum nya mereka yang menjadi Pakar Motivasi Besi dan Mesin di kilang-kilang dan Dr.Love kepada pekerja-pekerja tapak pembangunan dan kilang. Mereka ini terlibat secara rakus bagi menjadikan hidup Manusia lebih mudah.

Mereka berdua ini saling memerlukan sesama sendiri. Tanpa Sosial Science , Engineer pasti hidup tanpa arah tuju dan tidak tahu apa tujuan ciptaan mereka. Tanpa Engineer pula , hidup si Sosial Science akan kembali ke zaman purba kala tanpa the correct device untuk mereka bekerja.

Tetapi , insan yang cemerlang adalah mereka yang mampu menguasai kesemua ilmu. Apakah ia mustahil? Mampukah manusia kerdil ini menguasai Ilmu? Ya , kita mampu. Sudah dibuktikan pada zaman para sahabat dan Cendekiawan Islam. Kenapa skarang kita berkata tidak mampu? Manusia sekarang sangat lemah dan pemalu mencari ilmu. Kenapa kita bersifat tidak ingin mengetahui? Sifat ini yang menjatuhkan bangsa dan agama.
Jikalau perumpamaan ilmu manusia itu kepada ilmu Maha Pencipta adalah setitik air yang jatuh kelautan , akan saya kata ilmu manusia itu hanya Se-molekul H2O yang menitis ke dalam laut. Renungkan lah. Semakin tinggi pengetahuan kita , tidak berbaloi jika ia menjauhkan kita dari yang Maha Esa .