"where is your guts"

"where is your guts"
rise

Wednesday, 18 January 2012

Perlukah?

Malaysia sebuah negara yang bertopengkan dua muka. Bukan kerana baik sebenarnya jahat, tetapi sebenarnya kacau-bilau dalam aman. Bila dilihat isu semasa, tahap masalah di Malaysia tidak seganas di benua lain seperti di German , United Kingdom dan Palestin. Rakyat hidup dgn tenang, tapi terbuku ketakutan dalam hati akan masa depan. Kita lihat perbezaan generasi muda kini dan dahulu. Pelbagai pendedahan negatif di televisyen dan internet. Menjadikan generasi muda taksub akan khayalan ciptaan dunia barat mahupun Malaysia sendiri. Akibatnya, masalah sosial semakin meningkat hari demi hari.

Antara isu hangat di belakang tabir adalah isu Gang. Melibat beberapa kumpulan yang dibangunkan. Niat mereka pada asalnya memang murni. Membantu sesama rumpun. Menaikkan bangsa. Menundukkan penjajah dan menyelamatkan negara. Tetapi, hari demi hari , evolusi berlaku. Hilang arah tuju. Bagaimana menaikkan bangsa jika ekonomi tidak dipegang?? Sedar tidak sedar, Malaysia dibawah penguasaan Yahudi. Menghairankan lagi, terlalu banyak kumpulan ini, bergaduh sesama sendiri. Dikatakan kumpulan-kumpulan ini mengutamakan persaudaraan, agama, dan bangsa. Bagus perjuangan mereka, tapi adakah cara perjuangan mereka selari dengan tuntutan agama?? seperti perjuangan Rasulullah S.A.W. dan Khulafa ar-Rasyidin. Pembaca boleh menilai sendiri. Adakah nabi mencaci musuh Islam?? Adakah Abu Bakar melemparkan kata-kata kesat kepada saudar sesama Islam?? Walaupun berlainan ideology, tutur kata dan adab sentiasa dijaga.

Kenapa Melayu perlu berbagai kumpulan dan ramai ketua?? Sedangkan, Perdana Menteri sudah ada. Kenapa Melayu kata nak majukan bangsa tapi saudara sendiri yang ditindas?? Adakah Melayu sekarang cukup gah untuk beperang dengan Yahudi?? sedangkan penguasaan ekonomi adalah Yahudi. Apa kuasa yang tinggal pada Melayu??

Anak Melayu kini lena tidur. Mimpi indah umpama Syurga Dunia. Siapa antara kita yang benar ingat salah silah Melayu dan kehebatan Tamadun Melayu?? Siapa?? Melayu masih hidup hanya kerana Perlembagaan yang kekal, jikalau suatu hari nanti diubah?? Try to think the worst Situation. Berapa ramai orang Melayu yang digeruni dimata dunia?? haha.. Tergelak seorang diri aku memikirkan nya. Usah la berkumpulan, usah la bergaduh, usah la lupa daratan, usah la pikir kekuatan. Melayu bersatu atas nama MELAYU dan agama itu ISLAM cara hidup melayu dan taat pada ALLAH yang satu dan Nabi MUHAMMAD S.A.W. itu contoh yang sempurna. Renungkan sejenak. Aku Melayu dan agama ku Islam. Adakah Aku memukul saudaraku?? Adakah sempurna solat ku?? Adakah aq faham apa bacaan dlm solatku?? Adakah arak penah ku minum?? Adakah aku taat perintah tuhanku?? Adakah aq benar2 berpesan-pesan kepada kebaikan dan menjauhi kejahatan??

Friday, 23 December 2011

Apa Beza nya ?

Kadang kala , kita melihat sesuatu yg tidak pernah lihat , kita berase aneh dan hairan . Kadang kala kite berasa takut dan tidak selesa . Hakikat nya , benda itu biasa juga dan tiada beza nya . Hakikat manusia takut kepada apa yg tidak diketahui mereka menjadi perbahasan .

Pernakah anda dengar Skinhead ?? Pasti anda membayangkan seorg yang botak kepalanya , memakai braces , seluar jeans dan boot Dr.Marten . Masyarakat malaysia melabel Skinhead sebagai sampah masyarakat. Menimbulkan pelbagai masalah. Membuat konklusi yang negatif mengenai budaya ini . Akibatnya , Skinhead dikecam masyarakat Malaysia dan dipandang serong .
































Apa yang anda tahu tentang Skinhead ?? Anda tidak kenal mereka , dan mereka tidak kenal anda . Jiwa mereka berlaenan dgn jiwa anda . Pemakaian mereka berlaenan dgn pemakaian anda . Pasti anda menganggap mereka manusia ketinggalan zaman dan tidak mempunyai masa depan dan tidak bermoral .

Jikalau itu yang anda percaya , bandingkan dengan diri anda. Pikir sejenak ,Budaya Skinhead minum arak?? Itu yang anda percaya bukan , adakah orang MELAYU yg bukan skinhead tidak minum arak . Pergilah ke Pub2 atau Disco , raja minum adalah orang MELAYU yang bukan Skinhead . MELAYU! Budaya Skinhead sex beramai-ramai?? Itu yang anda percaya bukan , adakah orang MELAYU tidak biasa tidak melakukan nya. Pergilah ke rumah pelacuran , orang MELAYU lah yang ramai melanggan . Berapa ramai anak gadis MELAYU yang menjadi santapan di malam hari di club2 dan budak litar haram .  Budaya Skinhead melepak di hujung minggu beramai-ramai?? Itu yang anda percaya bukan . Lihat berapa ramai budak2 MELAYU yang keluar ke kota bersama rakan2 dan membuang masa mereka juga . Berapa ramai Org TUA2 MELAYU yg konon nya berdiskusi di Kedai mamak malam2 . Budaya Skinhead untuk pergi ke Gig di masa lapang?? Itu yang anda percaya bukan . Berapa ramai orang MELAYU yang pergi ke konsert jauh lebih mahal dari Gig . Bukan stakat anak muda , orang tua juga pergi ke Konsert.

Apa bezanya Skinhead dan mereka ?? Menghina Skinhead , sedangkan Melayu juga sama . Orang Melayu sangat bijak dalam menghina dan bersangka buruk , tapi tidak bijak dalam berfikir dan mencari penyelasaian masalah .

Berfikir sejenak , Melayu tidak akan maju , selagi bersifat racist dan tidak berpegang pada agama . Bukan semua Skinhead itu tidak berIman . Allah mencipta kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan pelbagai agama yang hidup di muka bumi , untuk berkenalan dan belajar sesama sendiri. Tetapi bukan menghina dan mencaci mereka . Sebalik nya mengambil nilai moral yang positif untuk dijadikan pengajaran .Bukan semua Skinhead itu jahat , sebegitu juga Melayu .






Jikalau anda bangga anda Melayu , jikalau anda rase Melayu bangsa yang hebat , pikirkan , apa yang anda buat untuk Melayu dan Malaysia , bukan orang laen~

Saturday, 17 December 2011

Terkesima ~

Sedang aq bersuka ria di kamar tempat beradu , tebaca aq akansatu artikel . Alangkah indah nye , tapi malang nya , alangkah terkejut nya aq , melihat paparan tersebut. Terkelu lidah , terkunci badan , terpaku mata melihat skrin lappy ku .

Adalah menjadi impian segelintir pelajar menuntut ilmu di luar negara . Beribu yang memohon , hanya berpuluh diterima. Persaingan semakin memuncak dini hari . Tahniah buat yang berjaya smpi ke perantauan orang. Tapi adakah tentu berjaya di sana ?? atau sekadar omong-omong kosong dicampur cita-cita dunia penuh tipu helah .
Artikel tersebut adalah mengenai seorg student Malaysia bernama X , yang belajar di Ireland di bwh tajaan Petronas. Gah namanya di persada antarabangsa , mendapat tajaan Petronas. Sedangkan aq terkapai di malaysia sahaja. X seorang yg sgt cemerlang di masa lalu , tapi tidak kini.

X dikatakan hilang di Ireland . Diculik ? Dirogol ? Ditangkap CIA? Puas ibu bapanya mencari dan melayari GPS , dimanakah X ?? Pihak Petronas menuntut hutang pada keluarga X . Rintihan simpati melihat keluarga  tersebut . Tetapi ribuan air mata ibu tidak akan muncul nya X . Setelah lama pencarian , X ditemui !!

X telah berkahwin dgn seorg lelaki Ireland dan menetap disana. Yang menghiburkan mata dunia dan menconteng arang di muka melayu , X juga seorg Lelaki. Ini membawa maksud Perkahwinan Gay . HAHAHAHA.. Ya benar ,Gay! Aq tidak hairan akan kes ini . Aq tidak terkejut , namun biasa bagi aq. Kerna aq tau , inilah akibatnya apabila manusia itu melebihkan hukum dunia dan alpa pada yang Esa . Apa mahu dilakukan apabila nasi sudah menjadi bubur. Boleh kah bubur menjadi nasi ??



Manusia kini dipengaruhi ideology barat . Ini disebut sebagai Western Hegemony . Penguasaan secara tidak lansung tanpa pasaan keataas kaum lain. Kita terikut2 budaya buruk mereka dan mengagungkan mereka . Adakah salah meniru budaya mereka?? Tidak salah , tapi tau batas nya .Ambil yang jernih , buang yang keruh . Kita kalah apabila dunia menjawab "Kamu tidak boleh buat cara ini , melanggar Hak Asasi Manusia " tahukah kita apa itu Hak?? Kita xda hak , Hanya yang Esa berhak atas segalanya . Aq tidak risau akan diriku , akan tapi aq risau akan masa depan bangsa dan generasi ku ~

Friday, 16 December 2011

Its Rainy Day ~



Such a lonely day , and it is mine , the most loneliness day of my life.. Jam menunjukkan tepat jam 11 pagi . Kebingungan aq memikirkan mase depan. Tidak hadir lagi aq ke kelas. Nak disalahkan kerja bnyk , tiada guna, nak disalah kan org laen , tiada kaitan , salah kan diri sendri pada akhirnya. Tidur lewat menyiap kan kajian aq , menjadi punca ketidak hadira aq ke kelas. Tambahan pula cuaca dingin ditemani hujan di pagi hari , menyebabkan proses hibenasi sgt diperlukan biologi tubuh ku. Cuaca mendung , cahaya matahari diselindung zarah air di awan tebal , melihatkan seperti baru am 12 malam. 

Aq gagah kan diri utk ke tandas utk bersuci. Tersentap aq seketika " Apa nak jadi masa depan aq kalo hari2 begini? " persoalan yg dtg dari hati , aq termenung melayan jiwa. " Apa aq dpt kalo aq dtg kelas tp aq x phm lansung ?" membidas aq dgn persoalan td. Serba slh aq memikirkan nasib bdn yg hilag arah tuju . Bertemu aq seorg sahabat @ org lame , Pokjak (bkn name sebenar ) . Berdiskusi aq dgn nya , ditemani lagu reggae dan air neslo . 

Terbaca aq akan satu artikel yg sgt menyentap perasaan ;


~"Jika seseorang mengalami sebarang musibah, akibat dari amalannya yang buruk, kemudian dengan sedikit sahaja tumpuan kepada Allah, dan pengakuan ke atas kelemahannya, maka kemurahan Allah akan bersamanya dan musibah tersebut dijadikan asbab kebaikan yang besar bagi dirinya."

 ~"KETIKA KITA MENGELUH ~Ketika kita mengeluh : “ Ah mana mungkin ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah " (QS 36 : 82). ~Ketika kita mengeluh : “ Capek banget aku ... ”. اَللّهُ menjawab : “ ... dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat " (QS 78 : 9). ~Ketika kita mengeluh : “ Berat banget yah, gak sanggup rasanya ... ”. اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286). ~Ketika kita mengeluh : “ Stressss nih ... Panik ... ”. اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28). ~Ketika kita mengeluh : “ Yaaaahh ... ini mah semua bakal sia-sia ... ”. اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7). ~Ketika kita mengeluh : “ Gila aja ... Sendirian ... gak ada seorangpun yang mau bantuin ... ”. اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60). ~Ketika kita mengeluh : “ Duh ... Sedih banget deh aku ... ”. اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (QS 9 : 40)."

Sepantas kilat , kata2 itu menusup kalbu, jauh ke dalam hati , mengingatkan aq betapa kerdil dan hinanya aq. Dia yg Maha Pencipta sentiasa ingat kepada hambanya , tapi aq lupa dan makin jauh dari nya . Titik tolak perubahan harus dijana bagi ketenangan jiwa dan kecerahan masa hadapan. Tapi adakah aq mampu istiqamah ? adakah aq mampu melawan dugaan dan nafsu ? Semoga Allah melindungi aq. ~


Monday, 12 December 2011

Final is just around the Corner









Permulaan pasti ade pengakhiran , dan pengakhiran itu satu permulaan. Setelah mengadap buku selama 5 bulan , pasti hendak diuji sejauh mana kefahamannya. Saat2 terakhir ini lah ,lihat kita pelajar berlumba2 tidak ke kelas. Kita lihat juga semakin ramai yang menjadi orang nomad. Bilik Hotel 5 star menjadi tongkang pecah. Buku menjadi kekasih sehidup semati. haha. Persediaan di minit2 terakhir sgt menerujakan. Terasa adrenalin yg  memuncak , memaksa bdn ku bergerak pantas , tidak lekang mata ku melihat bejuta huruf .






Mechatronics Graph

Otak Aq da Mcm Gear

Thursday, 24 November 2011

what i imagine when im thinking.









my thinking has no limit and boundary. my thinking is extraordinary , because im absolute crazy engineer. from craziness comes great invention.

Monday, 21 November 2011

Rugby Shark 10's Open


Setelah sekian lama aku menyepi , darah ku tumpah kembali ke tanah air ku. Parut penuh melakar badan , darah mengalir merah pekat kelihatan. Aku telah berehat 3 tahun lama nyadai sukan ini, kembali aku sekali lagi untuk membuktikan siapa diriku , dan nama untuk dkenang. Aku bersama 14 org pejuang , bermaen di bwh nama FKM, mencari secebis pengalaman. Kami bertanding dlm UMP SHARKS 10's side Open tournament. Bermula nya pada hari sabtu hingga ke hari ahad. 9 pasukan mempertaruh nyawa demi kemenagan , dan kami antara yang menyahut cabaran. sebanyak 8 perlawanan kami harungi untuk ke peringkat akhir. Disebabkan pertama kali bersatu , seminggu latihan , dan tiada keserasian , kami hanya menang 1 perlawanan, dan layak e Shield. Bertemu kami dgn rakan di luar , musuh di padang , FKP. perlawanan yang sgt menghiburkan aku. Kami bermaen sehabis baik. Tetapi, kekalahan yang dilalui. Itu sudah menjadi adat bertanding. Kepuasan dirai pengalaman bukan kemenangan. 

 my idol "Peter Stringger " Ireland srumhalf.