"where is your guts"

"where is your guts"
rise

Thursday, 24 November 2011

what i imagine when im thinking.









my thinking has no limit and boundary. my thinking is extraordinary , because im absolute crazy engineer. from craziness comes great invention.

Monday, 21 November 2011

Rugby Shark 10's Open


Setelah sekian lama aku menyepi , darah ku tumpah kembali ke tanah air ku. Parut penuh melakar badan , darah mengalir merah pekat kelihatan. Aku telah berehat 3 tahun lama nyadai sukan ini, kembali aku sekali lagi untuk membuktikan siapa diriku , dan nama untuk dkenang. Aku bersama 14 org pejuang , bermaen di bwh nama FKM, mencari secebis pengalaman. Kami bertanding dlm UMP SHARKS 10's side Open tournament. Bermula nya pada hari sabtu hingga ke hari ahad. 9 pasukan mempertaruh nyawa demi kemenagan , dan kami antara yang menyahut cabaran. sebanyak 8 perlawanan kami harungi untuk ke peringkat akhir. Disebabkan pertama kali bersatu , seminggu latihan , dan tiada keserasian , kami hanya menang 1 perlawanan, dan layak e Shield. Bertemu kami dgn rakan di luar , musuh di padang , FKP. perlawanan yang sgt menghiburkan aku. Kami bermaen sehabis baik. Tetapi, kekalahan yang dilalui. Itu sudah menjadi adat bertanding. Kepuasan dirai pengalaman bukan kemenangan. 

 my idol "Peter Stringger " Ireland srumhalf.

Thursday, 10 November 2011

Manakah Yang Lebih Adil ??


Permasalahan wujud diantara hukum manusia dan hukum tuhan. Dunia lebih mempercayai hukum ciptaan manusia mampu mengamankan muka bumi ini dari sebarang jenayah mahupun salah laku. Adaka hukum Allah s.w.t. itu tidak cukup sempurna?  Manusia yang hina mempercayai bahawa tuhan itu adalah maha adil lagi maha bijaksana, tetapi tidak mengaplikasikan hukum yang Allah s.w.t. cipta. Kita mengetahui Islam itu agama yang Universal. Ia diturunkan untuk sekalian ummat di dunia, tidak mengira bangsa mahupun warna kulit. Sudah pasti Hukum-hukum nya merangkumi semua jenis permasalahan yang melibatkan individu , sosial , dan negara. Ini berlaku kerana manusia sekadar percaya bahawa Allah s.w.t. itu berkuasa tapi tidak sikit pun meyakininya.

Kita kaji semula undang-undang civil yang menjadi kebanggaan manusia. Di Malaysia , asal-usl Kanun Keseksaan Malaysia bukak karangan orang Malaysia , sebaliknya mewarisi Kanun Keseksaan India (Indian Penal Code) hasil penulisan politikus dan sejarawan British , Lord Mc Caulay. Manusia itu adalah makhluk yang jahil dan sering melakukan kesalahan , maka Kanun ini tidak melengkapi kesalahan mengenai homoseksualiti dan pelacuran (rujuk Laporan Wolfenden 1960 ) dan ada kenyataan , kelakuan sumbang kaum sejenis itu tidak dianggap jenayah kerana ia urusan peribadi seseorang dan bukan hal perundangan.



Professor Madya Dr.Shamrahayu A.Aziz (Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ) ; "Islam menyediakan sistem Code of Conduct yang merangkumi jenayah syariah yang menyentuh aspek individu-individu , individu-pemerintah , individu-agama ,dan individu -negara"
"Tujuan nye adalah untuk menjadikan manusia dalam kelompok masyarakat yang holistik bukan sahaja menjamin kesejahteraan awam dari segi fizikal nya tetapi juga menjaga keamanan rohani untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Sistem hari ini tidak mengawal moral dan kehendak nurani manusia" jelas beliau.

Di duna ini terdapat pelbagai agama seperti Islam , Hindu , Buddha , Kristian dan laen-laen , tetapi jelas setiap agama itu melarang ummat mereka melakukan kesalahan seperti membunuh , berzina, mencuri. Jadinya peristiwa hari ini kerana tiada pegangan kukuh terhadap agamamasing-masing. Kita ditipu nafsu dan fitnah dunia. Jangan kata Malaysia merdeka selagi mentaliti kita dijajah Zionis dan Barat. Persoalan yang timbul , bila ditanya kita mahu syurga atau neraka , pasti jawab nya syurga , tapi adakah perbuatan kita setimpal dengan jawapan nya?? Sejauh mana yakin nya pada Tuhan yang maha Esa?? Apakah hukum yang Allah cipta itu tidak sesuai atau kita yang takut dicemuh oleh masyarakat dunia?? haha. Ingtlah, berani kerana benar , takowt kerana salah. 

Firman Allah s.w.t. : "SESUNGGUHNYA ALLAH MENYURUH KAMU SUPAYA MENYERAHKAN SEGALA JENIS AMANAH KEPADA AHLINYA (YANG BERHAK MENERIMANYA) DAN APABILA KAMU MENGHUKUM DI ANTARA MANUSIA , (ALLAH MENYURUH) KAMU MENGHUKUM DENGAN ADIL. SESUNGGUHNYA ALLAH DENGAN (SERUHUNNYA ) ITU MEMBERI PENGAJARAN YANG SEBAIK-BAIKNYA KEADA KAMU. SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA MENDENGAR ,LAGI SENTIASA MELIHAT." -(AN-NISA' ; 58)

Wednesday, 9 November 2011

rakan dan buah hati :)




















Manusia tidak dicipta untuk sendirian, sebagaimana Hawa dicipta untuk Adam. Aq ditemani sahabat handai , dan seorang kekasih hati. Warni -warni hidup ku dicorakkan mereka, pelbagai kisah tersimpan dan pelbagai ingatan tersimpan di dalam hard disk biology ku. Susah senang, baring guling , jatuh tertongeng , tetap bersama. Pelajari aq erti cinta setia kerna Siti Syaheera, Pelajari aq erti tabah kerna Rakan2. Mereka yang diglear rakan seprjuangan entah berada dimana, mencari ilmu alam yang terpendam di ufuk dunia, menanti hari kaya menjelma. Suatu hari akan bersama semula . Dan buat kekasihku, biar laut china selatan atau utara apatah lagi barat , akan nanti pulang mu dan balas cinta mu. Umpama itik pulang petang. <3

Friday, 4 November 2011

Dugaan Raye

Aku pulang ke tempat aku dibesarkan sekali lagi dan lagi dan lagi sekali. Haha.. Tetapi kali ini kepulangan ku disambut dengan penuh dugaan.

 Bermula dengan Test Statics pada jam 4.30 ptg yang sgt menghambarkan. Soalang yang mudah menjadi triple susah. Tidak diketahui permainan hati dan mentaliti pada waktu itu. Tepat jam 9.00 malam aq, bertolak ke Terminal Bas Makmur ,Kuantan.Diiringi hujan lebat dan lagu hindustan menyayat hati, seolah-olah menganjing aku yang kantoi test td.

 Dijadual kan bas ku bertolak tepat jam 10.30. Aku menanti punya lah menanti separuh mati, tapi masih tidak kesampaian. Tak kan Bas ni game aku kowt. LOL. Jam 12.00 malam, bas tibe dan bertolak ke Kuala Lumpur. Letih ku berdiri menunggu, letih lagi hati yang x sabar melihat rumah ku. Dalam perjalanan itu, mata ku tidak lelap, hati ku tidak tenang, pemikiran ku bercelaru. Apa punca kekantoian td?? haishhh... Aku bosan dan pergi beramah mesra dengan Pemandu Bas tersebut. Tidak ku sangka, die menceritakan kisah sedih belaiau. Menyayat hati apabila isteri maen kayu tiga di belakang, so next time, pliz maen kat depan.

 Akhirnya, kelihatan signboard Puduraya. Yeah Babeh melonjak keriangan! haha. Tapi, siapa yang ingin menghantarku ke rumah? Persoalan. Kebetulan, rakan secomrade ku, ayah nya tibe, aq tidak segan silu, meminta pertolongan, apa salah nya tolong org kampung sendiri.. haha.. Dengan senyuman, ayah nya memperlawa ku. Tetapi, rumahnya jauh dari rumahku, kecian pula org tua ini menghantarku ke rumah pada pagi buta. aq berhenti di kawasan rumah nya dan memulakan explorace ku. Aku berjalan sejauh 6km, ditemani udara sejuk dan hujan jam 4.30 pagi. setelah 30 minit berlalu, tiba jua di syurgaku. Tapi malangya (banyak tapi ) kunci rumah ku tiada. Aduh sayanggg..

 Kegelisahan, aq tenangkan diri, dan mencari solusi. Aku telefon jiran ku yang ada kunci rumah ku , sedihnya tiada yang menjawab pangilan itu. Aku duduk di depan rumah, termenung ditemani asap rokok dan embun pagi. Azan subuh berkumandang, solatlah aku bersejadahkan jaket ku. Sungguh terharu. Dugaan anak perantauan pulang ke tanah air  nya.


Tepat jam  6 pagi , aq bergegas ke rumah jiran ku sekali lagi, mujur dia sudah bangun, aq dijamu dengan roti bakar dan air teo serta sembang senda tawa. Aku bahagia dengan dugaan yang mengajar aku erti kekerdilan insan. Kini akuingin beradukan diri selena diulit mimpi bertemu bidadari. haha

Thursday, 3 November 2011

Bangun

Apa yang penting dalam kehidupan dunia? Apa yg dikejar manusia-manusia di alam nyata?? Kita lihat beza nya tamadun Islam dan Tamadun Barat. Mereka membangun dengan perlahan-lahan. Mereka melahirkan pelbagai insan yang agung dikaca mata dunia. Tetapi mereka juga hancur sekelip mata.

Ada perbezaan besar diantar kedua tamadun ini , iaitu kebangkitan tamadun Islam mestilah berpegang kuat dengan agama Islam itu sendiri dan dijadikan ad-Deen , a way of life. Tamadun Barat pula membangun tanpa pegangan agama yang kukuh dan akidah yang mulia. Oleh disebabkan yang demikian , bijak nya tamadun barat mengasingkan Ummat Islam dari agamanya, agar kita tidak bangun dan mengagungkan mereka.

Disebabkan perkara ini muncullah pemimpin yang gelap mata, rakyat yang tidak bersyukur , saintis yang lupa tuhan nya dan jurutera yang mencabut nya manusia. Manusia mula berpecah belah, tidak tahu asal usul mereka , runtuh iman mereka dan menjadi boneka zionis. Pikirkan sejenak , jikalau anda ummat islam , manakah yang lebih benar, kata-kata Allah atau kata-kata manusia jahil? Jikalau anda setuju dengan kata-kata Allah , manakah yang anda mahu, hukum hudud , qisas dan mengikut perundangan Islam atau hukum civil??

 Kita hanya insan yang kerdil, tapi kita sebenar nya bijak dan mampu takluki dunia. Tetapi kita membandingkan diri kita dengan bangsa luar dan jadikan mereka kayu ukur bagi mentukan tahap kita. Sedarlah, kita ada apa yang mereka hilang dan tidak pernah ada. Kita ada aqidah dan iman. Itulah cara nya ingin Bangun semula. ...