"where is your guts"

"where is your guts"
rise

Friday, 23 December 2011

Apa Beza nya ?

Kadang kala , kita melihat sesuatu yg tidak pernah lihat , kita berase aneh dan hairan . Kadang kala kite berasa takut dan tidak selesa . Hakikat nya , benda itu biasa juga dan tiada beza nya . Hakikat manusia takut kepada apa yg tidak diketahui mereka menjadi perbahasan .

Pernakah anda dengar Skinhead ?? Pasti anda membayangkan seorg yang botak kepalanya , memakai braces , seluar jeans dan boot Dr.Marten . Masyarakat malaysia melabel Skinhead sebagai sampah masyarakat. Menimbulkan pelbagai masalah. Membuat konklusi yang negatif mengenai budaya ini . Akibatnya , Skinhead dikecam masyarakat Malaysia dan dipandang serong .
































Apa yang anda tahu tentang Skinhead ?? Anda tidak kenal mereka , dan mereka tidak kenal anda . Jiwa mereka berlaenan dgn jiwa anda . Pemakaian mereka berlaenan dgn pemakaian anda . Pasti anda menganggap mereka manusia ketinggalan zaman dan tidak mempunyai masa depan dan tidak bermoral .

Jikalau itu yang anda percaya , bandingkan dengan diri anda. Pikir sejenak ,Budaya Skinhead minum arak?? Itu yang anda percaya bukan , adakah orang MELAYU yg bukan skinhead tidak minum arak . Pergilah ke Pub2 atau Disco , raja minum adalah orang MELAYU yang bukan Skinhead . MELAYU! Budaya Skinhead sex beramai-ramai?? Itu yang anda percaya bukan , adakah orang MELAYU tidak biasa tidak melakukan nya. Pergilah ke rumah pelacuran , orang MELAYU lah yang ramai melanggan . Berapa ramai anak gadis MELAYU yang menjadi santapan di malam hari di club2 dan budak litar haram .  Budaya Skinhead melepak di hujung minggu beramai-ramai?? Itu yang anda percaya bukan . Lihat berapa ramai budak2 MELAYU yang keluar ke kota bersama rakan2 dan membuang masa mereka juga . Berapa ramai Org TUA2 MELAYU yg konon nya berdiskusi di Kedai mamak malam2 . Budaya Skinhead untuk pergi ke Gig di masa lapang?? Itu yang anda percaya bukan . Berapa ramai orang MELAYU yang pergi ke konsert jauh lebih mahal dari Gig . Bukan stakat anak muda , orang tua juga pergi ke Konsert.

Apa bezanya Skinhead dan mereka ?? Menghina Skinhead , sedangkan Melayu juga sama . Orang Melayu sangat bijak dalam menghina dan bersangka buruk , tapi tidak bijak dalam berfikir dan mencari penyelasaian masalah .

Berfikir sejenak , Melayu tidak akan maju , selagi bersifat racist dan tidak berpegang pada agama . Bukan semua Skinhead itu tidak berIman . Allah mencipta kita terdiri daripada pelbagai bangsa dan pelbagai agama yang hidup di muka bumi , untuk berkenalan dan belajar sesama sendiri. Tetapi bukan menghina dan mencaci mereka . Sebalik nya mengambil nilai moral yang positif untuk dijadikan pengajaran .Bukan semua Skinhead itu jahat , sebegitu juga Melayu .






Jikalau anda bangga anda Melayu , jikalau anda rase Melayu bangsa yang hebat , pikirkan , apa yang anda buat untuk Melayu dan Malaysia , bukan orang laen~

2 comments: